Saturday, May 07, 2005

Selamat Bertemu

Kuala Terengganu 7 Mei - Jumpa kawan siber di Kuala Terengganu. Kawan yang pakteh maksudkan ialah Suhaimi Taif yang bertugas di JB. Beliau datang dan menginap di Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu kerana tugas (berkursus) di sini selama 3 hari.

Pakteh bertolak dari rumah di Kg Langkap pukul 2.00 petang, lepas solat zohor menuju ke KT. Mula-mula terus ke pantai Bt Buruk dulu, kemudian ke pasar raya Maidin dan pergi jumpa kawan pakteh tu... di Hotel Sri Malaysia. Anak dan isteri pakteh pun ikut sekali.

Masa balik dari KT, hujan turun bukan main lebat lagi. Tiba di rumah, memang! Air telaga pun banyak.