Monday, October 31, 2005

RAYA

SETIU 31 Okt - Pakteh mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin" kepada semua kenalan tidak kira dimana asal saja yang masuk ke laman ini dan membaca mesej di blog pakteh. Kepada anak-anak yang berada di perantauan, pulanglah berhari raya di kampung bersama keluarga tercinta terutamanya ibu dan ayah kita. Mereka sedang menunggu kepulangan kita dengan sendu bersulam rindu.

Monday, October 24, 2005

Berbuka Puasa di KTR

Kuala Terengganu, 24 Okt 2005 - SK Alur Lek Kasar mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Park in Kuala Terengganu. Majlis bergabung dengan SK Merbau Menyusut bagi meramaikan member sebab sekolah kita, hanya 11-20 orang member sahaja yang akan ikut serta majlis itu. Majlis ini bolehlah dianggap sebagai jamuan akhir tahun 2005. Lepas ini sekolah pun akan cuti panjang. Jumpa balik tahun depan (2006) pulak ler. Jamuan petang ini, semua hadir.
MAIN 'GAME' KEBANYAKAN REMAJA SUKA

Setiu, 24 Okt - Bukan remaja saja, orang tua pun suka main 'game' ni. Cuma kira-kira 1 minggu yang lalu, saya perkenalkan game yang berkonsep strategi dan seumpamanya. Contohnya ialah Age Of Empire II. Walaupun kelihatan macam "berat" sebenarnya game ini tidak berat sangat. Win 98 boleh 'run' dengan baik. RAM tidak perlu tinggi, 32 sudah cukup.

Berbanding dengan minat pelajar kepada game yang berbentuk arced & ganas, cara bermain nya juga macam ganas. Bergegar keybord!. Tak kisahlah... game tembak-tembak ke... race kereta ke... memang kerja keras la keybord tu. Berbeza dengan game yang saya perkenalkan iaitu yang berbentuk strategi ni, ia lebih santai dan mainnya hanya mengginakan mouse sahaja. Selain itu ia mengasah bakat dan minda pelajar supaya menjadi kreatif dan sabar.

Jadi kepada rakan-rakan dan ibu bapa... usahlah merasa sangsi atau curiga bila saya biarkan anak-anak murid bermain game itu. Ia berfaedah sebenarnya. Murid belajar dalam bermain. Anak saya di rumah pun saya suruh dia main game itu juga!.