Monday, October 24, 2005

MAIN 'GAME' KEBANYAKAN REMAJA SUKA

Setiu, 24 Okt - Bukan remaja saja, orang tua pun suka main 'game' ni. Cuma kira-kira 1 minggu yang lalu, saya perkenalkan game yang berkonsep strategi dan seumpamanya. Contohnya ialah Age Of Empire II. Walaupun kelihatan macam "berat" sebenarnya game ini tidak berat sangat. Win 98 boleh 'run' dengan baik. RAM tidak perlu tinggi, 32 sudah cukup.

Berbanding dengan minat pelajar kepada game yang berbentuk arced & ganas, cara bermain nya juga macam ganas. Bergegar keybord!. Tak kisahlah... game tembak-tembak ke... race kereta ke... memang kerja keras la keybord tu. Berbeza dengan game yang saya perkenalkan iaitu yang berbentuk strategi ni, ia lebih santai dan mainnya hanya mengginakan mouse sahaja. Selain itu ia mengasah bakat dan minda pelajar supaya menjadi kreatif dan sabar.

Jadi kepada rakan-rakan dan ibu bapa... usahlah merasa sangsi atau curiga bila saya biarkan anak-anak murid bermain game itu. Ia berfaedah sebenarnya. Murid belajar dalam bermain. Anak saya di rumah pun saya suruh dia main game itu juga!.

No comments: