Sunday, March 04, 2007

Babi

Satu. Melintas di hadapan. Melintas di laluan Pakteh yang hanya bermotor kapcai. Secara spontan Pakteh memijak brek untuk memperlahankan kelajuan. Zup! satu lagi terkedek-kedek melintas. Zup! brush! satu lagi. Kali ini Pakteh sudah hampir benar dengan trak laluannya. Betul-betul di hadapan. Kurang dari satu meter. Babi yang melintas. Ada orang sebut khinzir. Menyirap seketika darah Pakteh. Kali ini Pakteh terselamat dari bencana yang dibawa oleh babi hutan ini. Pakteh tahu cara babi ini. Memang dia lari laju masa melintas dan mereka tidak akan brek serta tidak akan membelok ke mana-mana. Seekor melintas, mesti masih ada lagi anak beranaknya di belakang yang akan menyusulBiasanya babi-babi ini berungga secara berjujut-jujut. Tegak ke hadapan. Kalau seekor melintas, mesti masih ada lagi anak beranaknya di belakang yang akan menyusul. Betul lah peribahasa 'membabi buta' yang selalu digunakan.

Dua hari yang lalu seorang penunggang motorsikal telah terlanggar babi di kampung sebelah. Babi yang dilanggar itu mati di tempat kejadian. Penunggang motor masuk ICU. Sampai hari ini pun belum keluar. Pakteh tidak pergi menziarahi mangsa yang masuk ICU. Bagi Pakteh biar dia rasa. Menunggang motor tidak tahu hendak slow walaupun di kawasan kampung. Semalam pula seekor babi telah merempuh salah seorang ahli pengakap yang sedang membuat aktiviti junggle traking di hutan sekitar kampung ini. Dapat dua jahitan. Bengung betul babi-babi ini. Sudah lah merosakkan tanaman penduduk kampung. Bila lagi Cina hendak datang berburu babi-babi ini. Pakteh hanya mampu berdecit-decit. Geleng-geleng kepala.

PS: Berungga = berlari. Berjujut-jujut = berderet-deret

6 comments:

Azhar Ahmad said...

Dah nak buat camner itu kejadian dia kan pak teh....

Anonymous said...

kat rumah lama saya dulu, biasa babi datang menyudu (ye ke?) kat rumah.. especially tengah malam.. tengah2 tido tuh tetiba jer dengor bunyi dia .. tak reti nak eksplen camne bunyik nye..

dan sebulan sekali atau dua kali akan ada cina-cina yang datang buru babi.. time dorang memburu tuh, kite tak beranilah keluar rumah.. takut peluru sesat..

Nyetok said...

mulo maso tido rumoh saing kat dungun rajin tengok babi masuk main dale pagar. kapung ambo payoh nok jupo babi, kapung tepi pantai tu gok, budok2 kelih pelik kalo jupo babi

mad redo1 said...

banyok jugok 'lembu pendek' kat rumoh pokteh, ni ya? nok wat guane starang, tepak dia lalu-lalang sokmo...

Anonymous said...

Mad Redo1: sms saya 0137300520

Anonymous said...

pak teh... babi comey ape. tapi idak ler babi utan nye.

hakhakhak! cian pak teh.. teringat my fren terlanggor babi utan seketika dulu. teman idak lagi. kat bdar kolompo nih jarang terserempak babi melintas. tenuk ada ler.