Wednesday, March 07, 2007

Sakit

Kebetulan pula selepas Pakteh terserampak deretan babi itu, jatuh demam. Seram sejuk. Hari kedua Pakteh demam bukan main lagi. Sakit-sakit seluruh badan. Bengkak celah kelengkang. Pakteh tidak cerita kepada sesiapa tentang bengkak urat itu. Bengkak pada dua tempat bawah lipatan lutut dan paha, dekat kelangkang. Emak kata letakkan air liur basi di tempat sakit dan gentel-gentel. Pakteh belum buat lagi.

5 Mac - dalam keadaan demam Pakteh ke Klinik Sg Tong. Pasang signal empat masa pergi dan balik, kerana Pakteh rasa keseimbangan tumpuan kurang stabil. Ada 4 jenis ubat yang diberikan oleh doktor. Pakteh diberi cuti dua hari. Pakteh yakin demam ini tiada kena mengena dengan badi babi.

Pakteh risau dengan murid-murid di sekolah, kerana pakteh difahamkan ramai guru ada tugasan luar. Guru-guru tempat pakteh bertugas hanya lapan orang termasuk Guru Besar. Minggu ini ada ujian OTI.

6 Mac - Bengkak kelenjar didua tempat belum pulih bahkan semakin menjadi. Malam tadi demamnya sudah kebah, tapi hari ini demam lagi. Seluruh badan terasa sakit dan menggigil. Berlawan ubat agaknya.

8.00 malam selepas berfikir panjang memandangkan esok (7 Mac) ada tugas di SMK Saujana, Pakteh ambil keputusan pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan suntikan semoga sakit ini berkurangan dan dapat bertugas keesokannya sebagai pengacara majlis di sana. Sepanjang perjalanan Pakteh berdoa dan berzikir. Mohon selamat sampai di klinik yang jaraknya 25km itu. Minda terasa terlalu lemah. Apa yang terlintas sahaja yang Pakteh dapat baca iaitu:

Dengan linangan air mata Pakteh berkata "Ya Allah... kalaulah ada sedikit kebaikan yang aku telah lakukan kepada ibuku, engkau sembuhkanlah sakit aku ini"

Itu doa. Bukan terjemahan kepada zikir yang Pakteh sebut di atas. Kalau pengunjung terbaca blog Pakteh ini, bacalah sebaris Bismillah dengan ikhlas agar Pakteh segera pulih.

7 Mac - semakin parah. Hendak berjalan pun sudah tidak boleh. Doktor malam tadi kata, 'badam'. Dia punya stail macam kayap.

27 comments:

Anonymous said...

semuga pakteh segera sembuh ya

Anonymous said...

ooo..kesian ni pakteh...jaga diri pakteh..banyak minum air..cuba try test cara traditional pula,mana tau ada petua² org lama yang mujarab.

Anonymous said...

moga pak teh cepat sembuh ye..

Anonymous said...

saya doakan abg yasin cepat sembuh... rajin2 la makan ubat tu..
-kawan lama.

pB said...

mogo mogo cepat sihak...

Ayu Mohamad said...

Bila nak mkn ubat tu baca la Bismillahillazie la yadhurru ma'asmihiii syaiun fil ardhi wala fissama i wahuawasami 'un 'alim...

semoga Pak Teh cepat baik..dan moga Allah permudahkan segala urusan Pak Teh yer

iEn said...

dah sihat kah pakteh?? ien pon baru jek baik dr demam.. ramai owang sakit musim niee erm

Unknown said...

moga cepat sembuh yer :)

Anonymous said...

Pengumuman

Pakteh ( Ustad Yasin) telah kembali kerahmatullah pada 11 March 2007 di Hopital Kuala Terengganu kerana Kanser Tulang.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya di pinjamkan dikau sekejap di dunia menjadi sahabat kami semua. Ampunkan dosa2nya Ya Allah..ampunkan dosa2 kami ini

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... Al-Fatihah

Anonymous said...

Al-Fatihah

Tok Rimau said...

Al- Fatihah.

Kawan-kawan yang hampir dengan Pak Teh, Saya pernah menerima panggilan dari Pak Teh.Dia bercita-cita mahu membukukan blognya. Dia bertanya tentang prosedur.

Jika ada warisnya, jika buku itu sudah jadi, harap khabarkan kepada saya. Saya ingin membeli barang senaskah.

Unknown said...

Al-Fatihah

gina marna said...

Al-Fatihah...

sayu gak rs, walaupun hanya kenal di blog ini.

maklang said...

Alfatihah

Unknown said...

al-fatihah

iEn said...

perginya lagi sahabatku :(

dugongsenyum said...

Al-Fatihah.

Anonymous said...

rest in piece

Anonymous said...

Assalamualaikum pakteh,

Bermaklumatlah blog pakteh.Saya telah meletakkan link blog pakteh di blog saya.Kalau pakteh tak kisah datanglah ke blog saya.Kalau ok maklumat di blog saya,sudilah kiranya pakteh letakkan link blog saya di blog pakteh.

Blog saya di:
http://belajarfeqah.blogspot.com

Anonymous said...

kawan tu dah xda laa.. camna dia nak letak.. melainkan ada orang ganti..

umar_skyscooter said...

hai,nice blog n gud info,sye nak jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,dan jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

Ayah said...

eh baru terjumpa blog ni... dah takda orangnya.. inalila wa ina lila hi roji un...

umar_skyscooter said...

hai,ape khabar?erm jom jenguk blog terbaru sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,ok bye

MARiZA said...

InsyaALLAH moga cepat sembuh.

Pak Teh banyak bersabar sabar sabar yee.

Chuck said...

Aslkm.Nama korang versi korea ? nak tahu ? klik sini skrg http://merdayka.blogspot.com ,ok bye

KampungChelsea said...

Aslkm,salam ziarah...minat bola ? jom join blog bola versi piala dunia ni http://kampungpialadunia.blogspot.com ,ok bye

Unknown said...

Selamat hari bapa, abang rindu ayah.