Saturday, February 24, 2007

Bertaraf lima bintang

Malam ini empat lingkaran ubat nyamuk dibakar serentak. Letak empat penjuru. Padan muka nyamuk. Biar senoneng kepala dia. Bila ada saja nyamuk yang kepeningan dan terbang lemah, aku tampar sampai hancur. Tunggu apa lagi. Macam mana hati ini tidak geram kalau kita di dalam kelambu pun masih lagi boleh hulurkan belalainya nak hisap darah. Ini mesti nyamuk betina. Gatal. Bekas gigitannya.

Malam tadi ubat nyamuk tidak ada. Kehabisan. Hanya sekerat sahaja yang ada. Belum pukul 12.00 sudah inna lillah. Habis. Kita anak beranak memang tidur dalam kelambu. Cuma yang membuatkan aku tidak puas hati ialah bila terjaga tengah malam. Lengan dan tangan aku terasa gatal-gatal digigit sang nyamuk. Rupa-rupanya masa kita tidur, bila tangan kita tersentuh kelambu, nyamuk-nyamuk itu akan cucuk melalui liang-liang kelambu. Sah lah jenis kemaruk darah.

Habitat nyamuk memang bertaraf lima bintang di sini. Rumah Tok Ayah dikelilingi sawah padi. Sesuai benar untuk pembiakan nyamuk.

Menjelang subuh, nyamuk-nyamuk yang separuh pengsan semenjak awal malam mula bangkit dan mendapatkan mangsanya macam sebelumnya. Ubat nyamuk empat bentara guru sudah padam! Pergh...

1 comments:

pakteh said...

Ada software yang boleh menghalau nyamuk... dulu masa saya guna phone nokia (symbian) boleh guna. Skrg ini guna phone (windows mobile)... tak jumpa la softwere yang serasi khas untuk menghalau nyamuk. Canggih...