Thursday, February 01, 2007

Pengalaman Dia

Sebulan berlalu untuk tahun 2007. Pantas sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Kita dihambat tugas sendiri-sendiri. Haluan masing-masing. Baru sebentar, isteriku memaklumkan bayaran asrama anak bagi bulan Februari, RM36. Sudah bulan dua. Hari-hari berlalu tidak payah dihitung. Berlalu sendiri. Sibuk dengan tugas.

Pada 16 Apr 2007 nanti, genaplah 4 tahun diriku berkhidmat di negeri Terengganu. Negeri kelahiran. Negeri Hadari. Terengganu Bestari. Maknanya, usia blog ini juga 4 tahun. Alhamdulillah dan terima kasih kepada blogspot.

Maknanya, usia blog ini juga empat tahunHari ini baru selesai aku menghabiskan bacaan buku Berburu di Padang Datar, JPNT, 2002. Buku nipis ini menceritakan pengalaman guru-guru. Kompilasi pengalaman guru. Salah satu tulisan yang menyentuh emosi ialah tulisan Rufaifa Abdullah yang bertajuk Sekolah Pertama, seorang guru yang bertugas di SK Bukit Nanas Kuala Terengganu. Sekarang.

Dalam tulisannya menyebut tentang pengalaman beliau semasa pertama kali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sibu Laut, Kucing Sarawak sekitar tahun 1989. Bagaimana perjalanan untuk tiba di sekolah, diceritakannya. Jadi tukang kebun sebelum masuk kelas. Masak RMT guna dapur kayu. Semuanya diceritakan dengan jelas dan bahasa yang lancar.

Apabila menyelami pengalaman orang lama, terasa pengorbanan diri ini di tahap yang tidak sehebat mereka. Syukur pada Tuhan yang tidak meletakkan ujian berat ke atas diriku, kerana diri ini mungkin tidak mampu menanggungnya.

4 comments:

Anonymous said...

hamboih pak teh.. pi mana tuh bz sgt??

Anonymous said...

pakteh jauh di mata dekat di hati .. (TV9)

Anonymous said...

tiap org ada sumbangan masing² pakteh, kecik ke besar tetap ada peranan masing²....

betul kata pakteh, cepat benar masa berlalu, rasanya belum lagi dapat menyesuaikan diri dgn jadual persekolahan anak², masing lintang pukang...tergesa² di sana sini, dah pun Februari menjenguk.

Pepa said...

trm kasih membaca buku saya. pengalaman masing2 bila diketengahkan atau kongsi pasti jd berguna. teruskan kisah hidup anda