Sunday, February 04, 2007

Kerja Kerja Kerja - Sehari Suntuk

Letih sungguh badan ustaz. Jam di handset ustaz baru pukul 9.00 malam. Mata ustaz terasa kelat. Lampu bergelung-gelung macam sawat itik 60 wat yang terang putih tampak malap. Sesekali ustaz sangap panjang. Masa tarik menguap itu, mata ustaz jadi kecil. Ustaz tulis cepat-cepat buku ringkasan mengajar untuk kelas esok.

Semenjak bangun subuh tadi, sekelip haram ustaz tidak meletakkan belakangnya macam selalu. Ustaz tahu mulai hari ini jangan mimpi hendak rehat setelah balik sekolah pukul 1.30 petang. anak murid yang dahagakan ilmu fardu ain. Ilmu untuk bekalan di akhirat Ustaz kena sambung mengajar fardu ain di sebelah petang pula. Tiga hari seminggu ustaz ada kelas petang. Itu amanah Yayasan Islam. Elaunnya dalam RM500 untuk tiga kali seminggu itu. Boleh tahan juga. Cuma ustaz tidak boleh ke mana-mana dalam tiga hari. Kena mengadap anak-anak yang badannya berbau tengik.

Situasi begini merupakan pengalaman baru bagi ustaz. Tahun lepas, selepas balik sekolah pukul 1.30 petang, ustaz boleh lakukan apa saja yang ustaz suka. Kini tidak lagi. Hari Ahad, Isnin dan Selasa ustaz kena bertumas di sekolah. Makan tengah hari pun terkejar-kejar. Solat zohor pun tidak boleh berwirid panjang. Ustaz kena kuatkan semangat demi pendidikan anak murid yang dahagakan ilmu fardu ain. Ilmu untuk bekalan di akhirat.

"Huwaaahh...." ustaz menguap lagi.

Buku rekod dimasukkan ke dalam beg yang akan dibawa ke sekolah keesokannya. Ustaz merebahkan belakangnya di tilam span yang semakin lusuh. Terasa palang besi katil di belakang ustaz.

Wah... enaknya ustaz kata dalam hati. Kekejangan urat belakang dan tengkuk ustaz terasa mengendur.

2 comments:

kujie said...

salam....kata org buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yg baik pada orang sekeliling...Niat dan usaha yang baik pasti dipermudahkan segala urusan

asriwn said...

Buat sesuatu itu biar ikhlas....