Tuesday, February 27, 2007

Bikin Sendal Tayar

"Bikin sendal tayar kereta jer... telefon tu" kata sahabat.

Luluh rasa hati. Pakteh tahu, dia berseloroh saja. Sebab pakteh adalah kawan baiknya. Dia kata begitu bila tanya dia pakai handphone jenis yang macam mana. Tahun 2000 dulu, telefon hitam putih. Dulu tidak boleh SMS. Seingat Pakteh, handphone yang boleh sms ini, sekitar awal 20-an gitu. Mula-mula hanya untuk nombor yang sama sahaja, kemudian baru diperluaskan untuk talian berlainan.

Faham lah pakteh bahawa sahabat pakteh itu guna handphone jenis yang canggih, boleh ambil gambar dan MMS. Jadi dapatlah pakteh hantar mms atau setidak-tidaknya sms yang jumlah perkataannya banyak. Macam karangan. Senang untuk hantar berita yang agak panjang.

Ada satu perkara yang Pakteh baru perasan tentang mesej panjang melalui SMS ini ialah berkenaan kos yang dicaskan oleh pembekal talian kita. Misalnya kalau mesej yang dihantar ini bersamaan dengan enam sms biasa maka dicas enam kali. Kalau satu sms itu dicas 15 sen maka, 15 x 6 = RM0.90. Satu mesej biasa hanya muat 160 huruf sahaja, termasuk jarak antara perkataan. Cas untuk 1 mms biasa ialah 43 sen. Bermakna kalau mesej panjang, lebih untung guna mms berbanding sms. Sudah lama pakteh terperangkap antara sms dan mms ini.

"Anda bagaimana? Perasan tak?" pakteh.

Pakteh ingatkan pada diri sendiri, jangan buat sendal tayar kereta kalaupun dapat telefon hitam putih. Gunalah selagi boleh digunakan atau berikan kepada pihak yang memerlukan. Pakteh ingatkan juga pada diri, siapa asal usul pakteh.

Semasa pakteh berada di tempat ceramah malam tadi, dalam keadaan orang bersesak-sesak dan khusuk mendengar ceramah. ada seorang makcik nak pinjam telefon untuk menghubungi suaminya, sebab hendak ajak balik. Anaknya sudah mengantuk. Pakteh hulur nokia hitam putih. Telefon warna, ada juga. Sayang.

Memanjang dia ucap terima kasih selepas berjaya menghubungi suaminya.

1 comment:

Anonymous said...

oooo..pakteh..saya ni guna hp dari tahun 1991..masa tu harga rm 5K. sebesar batu bata, nak bawa setengah kilo...pergi site boleh buat sendal drawing plan atas bonet kereta......tapi skrg hp sy paling cikai...kata org! yang harga tak sampai rm 300...boleh cal dan sms cukup janji ade kredit ( saya guna postpaid)

Sy bkn gila tukar² hp..pakai selagi daya..itu pun hadiah harijadi..hehehehe