Monday, January 15, 2007

"Jakun" Tenguk Mesin Jahit

Baru hari ini aku beli alat ganti yang rosak pada mesin jahit usang yang gagal berfungsi semenjak 6 tahun yang lalu. Enam tahun?. Lama. Aku berpendapat begitu, memandangkan anakku yang bongsu sudah berusia 6 tahun dan inilah kali pertama dia menyaksikan ibunya menggunakan mesin jahit itu. Aku tidak ingat semenjak bila mesin itu rosak. Bukan kerja aku. Lagipun isteriku tidak bersungguh memberitahuku yang mesin itu tidak boleh digunakan.

Mesin jahit itu memang klasik. Entah berapa tahun usianya. 20 tahun, mungkin. Aku beli mesin itu pun yang secondhand semasa kami tinggal di Bandar Mas, Kota Tinggi Johor. Awal 90an lagi. Sekarang sudah 2007. Pindah ke negeri kelahiranku sendiri di Terengganu, mesin klasik itu dibawa sekali. Ada nilai sentimental yang tersendiri pada mesin antik itu. Masih berkilat sebenarnya. Harganya aku sudah tidak ingat. Apa yang pasti tidak lebih RM200. Tambahkan RM25 untuk kos alat ganti yang kubeli siang tadi. RM225. Harganya.

Dengan mesin itu, isteriku melepaskan giannya dikala kami suami isteri berada di perantauan. Dulu. Baju raya anak-anak dijahitnya. Bukan pandai mana pun. Belajar menjahit tidak khatam. Baju kurung anak-anak, boleh lah. Pernah aku minta isteriku jahitkan baju melayu untukku. Menjadi, pakai sendiri.

Hari ini, isteriku sudah jadi macam artis. Dikerumuni tiga anak-anak yang menonton ibunya menjahit. Semuanya menunjukkan minat. Apa tidaknya, sudah lama mesin itu terperuk tepi dinding. Kini baru nampak macam mana dia bergerak bila pedalnya digoyang. Anak bongsuku yang paling "jakun". Ini kali pertama dalam usianya enam tahun, dia menyaksikan bagaimana mesin itu beroperasi. Aku pun macam jakun juga. Bukan kerana tidak pernah tenguk, cuma saja-saja hendak jadikan isteriku betul-betul macam artis yang dikerumuni peminat.

2 comments:

Anonymous said...

mesin jahit yg pedal guna kaki tu ker? lagi 10 tahun mungkin ia akan jadi barang yang dicari orang dan tinggi harganya.kat umah mak aku kat kg ade satu.dengar kata rosak.

LediAgli said...

mesin jahet yang body dia cam body pempuan tu ek.. oppss.. cuma mendescribe laaa hai.... btw, dah add kamu nyer blog dalam link.. slamat tukar link! chaiyok!