Saturday, February 24, 2007

Menggigil 'gian'

Aku, isteri dan anak yang bongsu hadir ke surau Bukit Merah. Aku naik motor dengan anak. Isteri jalan kaki bersama iparnya. Adik aku. Bukan jauh, 1km saja. Biar dia jalan, kasi kurus sikit. Hari ini ada gotong royong. Dua ekor lembu ditumbangkan, hasil sumbangan seorang dermawan. Aku tak pasti apa majlisnya. Cuma aku agak. Sepanjang hari ini begitu sibuk. Dua ekor lembu itu mesti di bereskan. Masak dan jamu. Di sebelah malam nanti ada majlis ilmu. Ceramah penerangan PAS.

Aku sengaja hadir tanpa membawa apa-apa alatan. Malas. Konon-kononnya tunjuk muka saja. Lepas itu, lesap. Memang pun aku cabut lebih awal pun.

Supaya tidak nampak pemalas sangat, aku tawarkan diri untuk parut kelapa. Orang kampung aku sebut 'mesin kelapa'. Kalau potong rumput, sebut 'mesin rumput'. Aku tidak biasa mesin kelapa. Tenguk orang buat macam senang. Lagipun duduk tempat yang agak selesa berbanding kerja-kerja menyiang lembu yang dua ekor itu. Itu pasal lah aku pilih kerja parut kelapa. Alahai.

Aku pun duduk di atas batu blok yang disusun macam pangkin mengadap mesin kelapa. Ngam dengan punggungku. Macam dalam iklan TNB di TV, cuma topi keledar aku tak pakai.

Satu.... dua... tiga.... empat.... lima.... enam.... tujuh.... Siap. Tujuh 'belah' kelapa. Maknanya tiga biji setengah. Belum puas lagi 'main' mesin kelapa ini sebenarnya, tapi sudah habis. Setelah semua sisa-sisa kelapa parut yang melekat pada dandang mesin itu dibersihkan, aku pun cuci tangan di paip berdekatan.

Ada air tebu yang disedekahkan oleh seorang penduduk, dalam tong besar. Aku tuang setengah gelas dan telan. Manis. Ada kaitan dengan kencing manis. Lepas itu, aku mula bakar rokok. Yang hairannya, tangan jadi menggigil semacam. Ibu jari terketar-ketar macam kena serangan parkinson pula. Maaf cakap, teringat aku pada Haziq dalam AF4. Aku cuba dial nombor telefon di handset, pun macam orang 'gian'. Mungkin kerana tidak cukup kelapa yang hendak diparut (mesin).

4 comments:

Anonymous said...

sekali baca tak faham napelah tangan menggigil.. bile renung-renungkan.. haaaa..

samalah macam memula saya bawak motor dari skudai balik tiram.. hehehe.. selalunya bawak motor dari rumah sewa kat tmn u ke universiti jer.. lebih-lebih pun 15 minit perjalanan.. tuhpun tak laju..

lepas eksiden, patah tangan dan masuk besi.. hehehe.. perasan diri dah kuat.. so bawaklah moto balik rumah mak.. adalah lebih kurang 1/2 jam perjalanan dengan speed 100km/h.. lalu hi-way kan..

sampai rumah, tangan masih lagi rasa gegaran akibat bawak moto tadi.. nak tekan kontrol TV pun terketar-ketar..

BudakCatwalk said...

pakteh..

silalah buat kunjugan di blog saya.. pakteh telah di tagged!! hikss...

Anonymous said...

Azelin: Tau takpa.
thestranger: Apa kahe..?

Anonymous said...

tu baru mesin nyor..kalu duk kukur nyor 10 bute..guamna rase???..