Friday, February 09, 2007

Tahun Melawat Terengganu 2008

Pukul 1.00pm - Handphoneku berbunyi. Sengaja aku tidak mengangkatnya kerana aku tahu tidak ada faedahnya panggilan itu diangkat kerana line di dalam rumahku tidak berapa baik. Memang line tidak elok atau telefon aku yang kokak. Putus-putus. Sebenarnya bukan telefon yang kokak, linenya yang tidak elok. Lemah.

Aku kemudiannya menyemak panggilan yang baru masuk tadi lalu mendailnya menggunakan telefon talian tetap. Line rumah. Aku kenal sipemanggil tadi ialah Husin, kawanku. Sebentar tadi aku ada mengirimkan SMS kepadanya untuk bertanyakan yang Pasaraya Maidin dibuka atau tidak pada hari ini, kerana hari ini adalah hari Jumaat. Hari cuti di Terengganu. pasaraya Maidin kedua terbesar di Malaysia

26 Jan - Petang Juamaat yang bersinar cerah, kami sekeluarga bergerak ke Kuala Terengganu. Tujuannya satu sahaja. Maidin. Pasaraya Maidin baru sahaja dirasmikan oleh MB Terengganu beberapa hari yang lalu. Jualan murah sudah tentu. Gula pasir hanya 90 sen sekilo. Itu sebab emosi kami terpanggil untuk melihat sendiri.

Tiba di destinasi yang dituju, aku segera meletakkan kenderaan di mana-mana ruang yang masih ada. Tidak boleh memilih. Nanti melepas. Kereta pengunjung teramatlah banyak. Jalan kaki jauh sikit lah petang ini.

Kami masuk melalui pintu sisi sebelah kiri bangunan Pasaraya Maidin. Wah! memang luas dan banyak barang. Macam Pasaraya Makro di Plentong JB, aku bercongak dalam hati. Patutlah pasaraya yang ini diistiharkan terbesar di Pantai Timur dan pasaraya Maidin kedua terbesar di Malaysia.

Bangga sekejap rasanya. Kepimpinan Idris Jusoh (MB Terengganu) membawa kami ke era kemajuan. Dikenali masyarakat luar, bahkan dalam peta dunia. Ada Monsun Cup dan pasaraya Maidin, selain jambatan duyung yang merentasi Sungai Terengganu, ke-2 terpanjang di Malaysia selepas jambatan Pulau Pinang (yang lama). Sudah ada pembinaan jambatan Pulau Pinang yang ke-2. Belum Siap.

"Patutlah di sebelah pintu masuk itu ada signbord Tahun Melawat Terengganu 2008" aku kata pada salah seorang jurujual di pameran komputer yang terdapat di ruang legar pasaraya Maidin.

Jurujual itu senyum. Cepat-cepat dia masuk jarum. Tunjukkan barang-barang di gerainya padaku. Aku minat pada barang-barang komputer yang dipamerkan. Kocek saja yang seakan berkata, kena kontrol berbelanja. Senyum hambar. Aku.

***

Di kaunter pembayaran. Barisan panjang. Semua kaunter. Ada 20 kaunter, semua berbaris panjang. Barang dalam troli di tolak ke depan. Sedikit-sedikit. Pergerakan sangat perlahan. Cepat sikit dari pergerakan siput. Aku tidak suka bersesak. Beratur. Maka minah lenggang (isteri) lah yang jadi tukang beratur. Aku keluar dari barisan yang memenatkan itu. Ambil angin di luar bangunan. Rokok.

Dua jam kemudian baru nampak kelibat isteri dan anak-anak bergerak keluar dari pasaraya yang padat itu. Lesu. Selamat datang ke negeri Terengganu kita...

8 comments:

Anonymous said...

dah bukak dah pasaraya maidin tu.hmm..walaupun duk jauh dr kampung halaman,aku masih dapat mengikuti perkembangannya dari blog ini.timer kasih pakteh.

Razif AR Al-Marbawi said...

memang gempaklah mydin kat kuala terengganu bila saya tengok hari tu (walaupun hanya dari atas bas).. nampaknya tak lama lagi negeri ini akan menjadi maju.. tahniah dan syabas buat warga terengganu..

Anonymous said...

al-marbawi: Amin

anok jati ganu said...

gempak juga bile tengok ramai 'shah ruh khan' kat pasaraya maidin ..

keh keh keh keh..

Anonymous said...

Adi:
Saya bersetuju. Tokey Maidin orang India... tentulah mereka nak ambil kroninya bekerja. Rakyat tempatan hanya melibatkan peratusan yang terlalu kecil.

Apabila disorot kepada kesan sampingan terhadap peniaga kecil di Bdr Kuala Terengganu pula... ramai yang mengeluh kerana pelanggan berpindah ke Maidin.

mad.redo1 said...

Assalamu'alaikum

Ke hadapan PakTeh... macam tulis surat la pulak. Dok sibuk2 melompat2 dari blog ke blog sampailah ke blog pakteh ni.

Pembukaan Mydin hari itu ialah suatu hari yang cukup menyakitkan hati di mana saya terpaksa menunggu hampir sejam di LT Sultan Mahmud kerana kesesakan jalanraya melewatkan kenaikan yang datang mengambil saya di sana.

Memang buat masa sekarang ramai orang ke Mydin tetapi lama-kelamaan akan sampai suatu tahap imbangan di mana para pembeli akan pergi ke tempat yang disukai mereka.

Ramai yang pergi sekarang kerana ingin melihat apa yang diwar-warkan itu, saya mungkin termasuk dalam golongan minoriti yang tidak berkeinginan pun untuk ke sana.

Pengalaman Mydin mengambil tenaga kerja tempatan menyebabkan pengurusan mereka beralih kepada tenaga asing yang lebih murah dan mungkin kurang sedikit karenah mereka dari anak watan.

Begitulah lima perenggan komen pengenalan dalam blog PakTeh ini, sekiranya ada kesilapan harap maafkan.

Anonymous said...

Mat Redo:
Semoga tuan dalam keadaan sihat-sihat adanya.

Terima kasih.

mad redo1 said...

PakTeh,

jangan tinggal no.1 dalam nama saya tu... hehehe. Malam ni cadang nak tengok Terengganu lawan ATM kat Stadium MP Selayang (hidup Penyu!!!)