Tuesday, December 12, 2006

Awang War

Baru tingkatan dua. Tahun depan naik tingkatan tiga. Empat belas tahun umur Anuar. Mula-mula gila hendak pakai handphone. Sudah dapat handphone, mengamuk hendak beli motor pula. Motor sudah beli. Anak tunggal yang dimanjakan emaknya. Bapanya berpisah dengan emaknya semasa Anuar masih dalam kandungan. Emaknya betul-betul menyayangi anak tunggalnya itu. Nama manjanya pula Awang War.

"Tak boleh berkasar dengan anak, nanti dia lari" kata emak bila ditegur supaya jangan diikutkan sangat kehendak anak yang macam-macam.

Adik beradik emak yang lain selalu menasihati. Bapa saudara Anuar juga. Sebabnya emak bukan orang berada. Kerja menoreh getah tidak sampai 200 pokok dan dapat bantuan Kebajikan Masyarakat RM150 sebulan. Anuar minta beli macam-macam, semua diturutnya. Alasannya kena ikut, takut anak lari.


"Anak-anak perlu dididik menjadi
seorang yang bertanggungjawab. Orang tua hendaklah memastikan siapa kawan-kawan
anak supaya tidak menyesal kemudian hari. Disiplin dalam mendidik mereka supaya patuh kepada orang tua"


Hari-hari emak berbasikal pergi pasar beli lauk segar untuk anak kesayangan. Motor Anuar ada, tidak disuruhnya ke pasar. Ayam separuh, sekali makan saja mereka dua beranak. Itu pun emak makan tulang-tulang dan batang tengkuk sahaja.

Anuar kerjanya meronda naik motor. Pagi petang siang malam. Pukul lapan pagi sudah keluar. Balik rumah sekejap-sekejap. Makan dan mandi. Badan besar macam Giant dalam cerita Doremon. Menyampah betul bapa saudara sebelah rumah melihatnya.

3 comments:

iEn said...

aha.. dah nampak perubahan tow :D
untuk add di sidebar hanya gi kat element tu saja dan tambahkan.. mudah ja :D

Pakteh said...

Insya Allah selepas ini kerja jadi lebih mudah. Fenin juga :-D

iEn said...

a'aa mula2 pening.. ien pon masih susah nak biasakan diri terutama sekalik untuk tambah coding2 yg pepelik tow.. yg element2 tow kacang ajor.. kwang3! teruskan usahaaa :D

kalau tak paham bleh jenguk blog delang tow.. dia sedia membantu dan banyak tutorial yg dia tunjukkan di sana :D