Friday, December 15, 2006

Gagal Login Blogspot Versi Beta

Apa sudah jadi dengan blog saya pun tak tahu. Masalah ini muncul hari ini 15 Dis 2006. Saya masih mencuba untuk log masuk ke dashboard sehingga saya boleh buat editing dan posting. Hingga kini belum berjaya dan saya buat entri menerusi email sahaja. Guna pintu belakang gitu. Ini gara-gara versi beta yang mungkin ada sesuatu yang tidak kena dimana-mana. Oleh itu kepada Dairi Anak Nelayan yang sepatutnya saya sudah letakkan link di bahagian blogger di blog Dairi Pakteh ini, harap bersabar. Saya sedang mencuba.

Sebelum ini tiada masalah seperti ini. Saya guna blogspot semenjak 2004 lagi. Tidak tahu pula, apa sudah jadi dengan member-member blogger yang lain. Apakah mereka juga menghadapi masalah seperti saya atau cuma saya seorang sahaja?. Nasib, nasib... Hari ini, saya OK. Mood... bengang!


4 comments:

Jiwa Rasa said...

Salam,

Saya pun hadapi masalah yng sama bila saya nak update dahulu. Dua tiga hari tak boleh login. Saya pergi ke blogger help dan saya hantar email kepada blogger. Saya diminta guna semula blogger classic, sebelum problemnya dibetulkan.

Pakteh said...

Alhamdulillah...

16 Dis - Sudah boleh login nampaknya. Syukur...

6shot said...

salam pakteh..terima kasih kerana sudi singgah..

asriwn said...

terima kasih pakteh. sy sedia menanti..............