Tuesday, December 19, 2006

Kata Pakteh Mengenai Isu Buku Kerja

Siaran Berita TV3 17 Dis mengenai isu Buku Kerja di Sekolah Kebangsaan mencuri perhatian saya. Apa yang ditulis di sini adalah pandangan peribadi, bukan mewakili mana-mana pihak sama ada pihak sekolah, KPM, mahupun mana-mana jabatan. Saya hanya ingin mengajak anda berbincang dan sekadar berkongsi pandangan. Jari sepuluh disusun sekiranya ada pihak yang tidak suka dengan pandangan saya ini, sesuai dengan kewujudan blog sebagai tempat menulis.

Saya menyokong penggunaan buku kerja terutamanya murid tahap 2 iaitu murid di Sekolah Kebangsaan tahun 4 hingga 6. Ibu bapa yang berpendapat ianya terlalu mahal, bagi saya tidak lah mahal mana pun. Beli play-station untuk anak mereka lagi mahal. Alasannya ialah kita yakni guru dan ibu bapa malah murid juga dapat menyemak dengan mudah dan cepat yang manakah topik yang sudah diajar atau topik yang perlu ditambah latihan bagi meningkatkan kefahaman murid.

Pengalaman saya mengajar di Sekolah Menengah selama 12 tahun dan baru 2 tahun di Sekolah Rendah memutuskan bahawa latihan pengukuhan yang dibuat dalam buku rampaian (buku tulis) murid kurang berkesan dan banyak masalah. Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah, sama-sama perlu buku kerja ini. Ragam murid juga lebih kurang sama sahaja. Kalau berbeza sikit, bila murid di tahap Menengah Atas, iaitu SPM dan STPM. Antaranya:

  1. Masa murid terbuang kerana menyalin soalan. Di sekolah rendah sangat ketara masalah ini. Dengan buku kerja, murid tidak perlu salin lagi. Isi sahaja jawapan di ruang yang disediakan.

  2. Murid tidak siapkan seperti sepatutnya. Tulis lebih kurang sehingga tidak mencapai objektif sesuatu latihan itu disuruh buat.

  3. Bagi murid yang tidak datang kelas (ponteng sekolah) tidak dapat membuat latihan atau kerja rumah. Kalau ada buku kerja, tinggal maklumkan mukasurat sahaja.

Penggunaan Buku kerja boleh mengatasi masalah di atas. Murid zaman sekarang, hendak dirotan tidak boleh. Bapa murid marah dan ada yang sampai menyerang guru dan melibatkan polis serta mahkamah pun ada. Bila buku kerja ada, guru matapelajaran atau guru penyelia boleh semak dan memberi arahan lanjut mana-mana bab yang belum lengkap atau belum ditanda (belum diperiksa atau belum disemak).

Ibu bapa yang berpendapat ianya terlalu mahal, bagi saya tidak lah mahal mana pun. Beli play-station untuk anak mereka lagi mahal. Ada yang kata cikgu berniaga dan dapat komisyen, jawapan saya.. komisennya tidak besar mana pun. Gaji cikgu dah besar. RM2 ribu senang-senang saja la, bukan nak menyombong diri cuma nak beritahu jer.

Sikap murid zaman sekarang ini pula, macam anak burung. Kena disuap setiap masa. Maka cikgu cari jalan yang lebih mudah dan membantu murid dengan penggunaan buku kerja. Tujuannya supaya anak didik pandai. Maka yang bijak itu, anak tuan-tuan juga. Kalau ibu bapa rasa teruk sangat nak beli buku kerja itu, ya tidak perlu lah gegak gempita marah-marah. Anak kita kurang cerdik pun, tidak mengapa lah. Terima lah seadanya. Cikgu boleh buat kerja macam biasa, ajar macam biasa. Anak murid tidak pandai mana pun tidak mengapa. Gaji jalan macam biasa. Kua kua kua...

Kepada para ibu bapa, saya nak maklumkan bahawa Cikgu di sekolah itu lebih celik untuk memandaikan anak-anak kita. Kita sepatutnya beri bantuan serta sokongan kepada guru, bukan mengkondemkan mereka. Satu hal yang tidak suka kita dengar (sebab saya pun jadi bapa & ada anak) ialah Buku Kerja yang dibeli itu tidak digunakan, atau tidak diselia oleh guru. Murid shok sendiri menyiapkannya di rumah. Takkan bapa pula yang nak semak buku kerja anak-anak.

Akhir-akhir ini isu guru sangat sensitif. Banyak pihak yang kurang selesa dengan tugas dan masa rehat guru. Banyak komplen tentang masa cuti dan gaji guru. Bagi saya, terserahlah kepada mereka. Kalau sudah rasa iri sangat, ya silakan awak jadi cikgu la pula. Saya berdoa agar Allah beri kekuatan kepada saya untuk menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi.

3 comments:

ArcHmaL HatiEmieY said...

say setuju penggunaan buku kerja lebih efektif dari buku tulis rampaian..


walaupun saya tidak terlibat langsung dalam bidang pendidikan , apatah lagi mempunyai anak yang bersekolah, melalui pengalaman saya yg lepas, banyak masa dihabiskan untuk menyalin semula soalan samaada dr buku teks atau pun yg ditulis oleh guru di papan hitam.


sepatutnya , pd zaman yg semakin canggih, perubahan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran juga perlu berubah, yakni dr penggunaan buku tulis yg penuh garisan kepada penggunaan buku kerja.


panjangla plaks bebel...sorry cikgu pak teh...


p/s;family sy ada 3 org guru, pening bila balik kg tgk buku latihan pelajar diorg nak ditanda...

iEn said...

"Kepada para ibu bapa, saya nak maklumkan bahawa Cikgu di sekolah itu lebih celik untuk memandaikan anak-anak kita."

pernah gark terdengar berita kat tv3 hari tu pasal buku2 wajib tak digunakan sepenuhnya malah tak guna langsung... boleh membebankan pelajar2.. melainkan aah sekolah bestari.. through online.. Di manakah silapnya.. apekah rungutan ibu bapa / anak2 ataupon sikap guru2 yg mengajar sambil lewa? macam2 ien dengar drpd luahan guru2 dan ibu bapa di mana ibu bapa menyalahkan anak2 murid kerana membuat sesuatu perkara yg tak patut dilakukan pada pelajar. Guru pula sebaliknya menyalahkan ibu bapa kerana seratus peratus meletakkan harapan pada semua guru (untuk apelaah PIBG diadakan erk?). Manakala kerani sekolah pula, merungut atas kepentingan guru itu sendiri di mana rata2nya guru lebih mementingkan gaji / pendapatan..tapi dr segi pengajaran?seolah2 mcm ringan tulang sahaja..

Itulah dilema yg dihadapi setiap tahun..

Anyway Pakteh.. iEn bukan nak salahkan semua sebab ien mmg bukan bidang pendidikan, ien dpt tahu pon dr abah (Bekas pengetua), Kakak sulung(Guru sek.Menengah) dan kakak no-2(Kerani sekolah).

Memang itulah dugaan dan dilema yg dihadapi oleh Guru2, Ibu bapa dan pihak2 yg berkaitan. Namun untuk menjayakan sesuatu matlamat bukanlah mudah...

Sabar erk pakteh..

delang said...

nak mencelah sikit.walaupon saya buka dari kalangan pendidik. penah mendengar luahan seorang cikgu mengatakan manjaga lembu lebih senang dari mengajar murid2. cubit skit dah report kt bapak.kalu saya dulu kalu kene rotan ngan cikgu...balik umah mak cakap 'padang muka mung'.hehhehe...

penggunaan buka kerja adalah bagus, boleh mendidik murid2 lebih berdikari..

teringat sekali mase cikgu suh buat nota,sejibik salin buku teks,meletihkn dan mmbazirkan mase, tak buat tak pasal kene denda... :D