Monday, December 11, 2006

Ayam Kampung

Bagi penggemar ayam kampung, kecur liurnya hanya dengan mendengar namanya saja. Ramai juga yang tidak menggemarinya. Mungkin kerana cara hidup ayam-ayam ini yang betul-betul kampung. Dilepas bebas dan makan apa sahaja yang dijumpainya. Dalam pada itu pun, ada yang tidak makan ayam bandar, sebab kata mereka ayam bandar atau lebih dikenali ayam daging itu adalah ayam kena inject. Ada juga ayam kampung yang dibela secara komersial di dalam reban khas.

Masyarakat Cina hanya menyukai ayam dara yang belum bertelur. Sekiranya yang jantan pun maka dipilih yang sebaya itu juga. Agaknya daging ayam muda ini lebih lembut berbanding ayam tua. Warna bulu ayam juga menjadi standard sama ada ayam itu bagus atau tidak. Biasanya yang berbulu tidak hitam legam itu lebih mendapat tempat.

Masyarakat desa pernah juga menggunakan ayam kampung yang berbulu putih untuk tujuan perubatan. Kononnya penyakit tertentu boleh dipindahkan kepada ayam yang ditetapkan. Ini dilakukan oleh dukun. Ayam itu ada juga yang disembelih tetapi dagingnya bukan untuk dimakan, sebaliknya dipersembahkan kepada jembalang dengan cara diletakkan di tempat tertentu atau dihanyutkan ke sungai.

Sementara itu, masyarakat petani di luar bandar menggunakan tahi ayam sebagai baja asli yang popular untuk tanaman sayur-sayuran seperti kacang, lada dan sebagainya. Ada yang berpendapat, penggunaan tahi ayam sebagai baja untuk pokok lada dapat menghasilkan buah lada yang lebih pedas dan berkualiti.

Nota:
Ada satu perkara lagi, tahi ayam mengeram... pergh! busuk tu... ha ha ha.

2 comments:

Tok Rimau said...

Aku mahu telu ayam kampung. Madunya dah ada.

Anonymous said...

Am memang peminat ayam kampung, mula kenal dan makan ayam kampung semasa pergi mesyuarat di Kelantan, nasib baik ada kedai juala ayam kampung di pejabat Am.

*ada kawan tak makan ayam bila nampak ayam makan tahi ayam hehehehe