Friday, December 08, 2006

Bawang ooo bawang

Tidak tahu macam mana Pakteh boleh melekat dengan Bawang Merah Bawang Putih yang ditayangkan di TV3 itu. Isteri dan anak-anak yang tenguk. Pakteh tenguklah juga bila ada depan mata. Akhir-akhir ini timbul minat dan ternanti-nanti siarannya.

Seperti cerita klasik dalam cerita dongeng dan Filem Klasik Melayu juga hanya 3 ada watak penting iaitu Bawang Merah, Bawang Putih dan Ibu Tiri. Mereka ini watak besar dalam drama ini. Watak-watak lain sekalipun muncul sepanjang cerita, contohnya watak puteri cahaya itu hanyalah sebagai pelengkap.

Setiap kali menonton, jiwa Pakteh jadi sakit. Dalam dada rasa membengkak dan darah terasa bergelodak. Geram, simpati, menyampah dan berbagai perasaan bergaul antara satu sama lain. Rasa macam tidak mahu tenguk lagi untuk episod yang mendatang. Akan tetapi bila tiba waktu siarannya, cis! tenguk juga. Hantu apa yang memanggil Pakteh untuk menontonnya lagi. Walaupun benci.

Benci apa?

Ternyata Pakteh benci pada skripnya yang suka mempermainkan perasaan penonton. Skrip cerita yang langsung tidak menyokong unsur kebaikan dalam ceritanya. Skripnya hanya berpihak kepada unsur kejahatan iaitu Bawang Merah dan ibunya. Itulah yang menimbulkan rasa benci dan meluat.

Kewujudan watak Andree sebagai pengacara atau peguam langsung tidak seperti peguam yang sepatutnya. Begitu juga watak peguam sebelum Andree. Juga tidak menonjolkan peranan penguam. Sekadar ada sahaja. Betul-betul terasa penulisnya memperbodohkan Pakteh. Begitu juga watak hakim, watak polis. Langsung tiada harapan lagi untuk Si Putih mendapat pembelaan. Mereka ini kelihatannya tidak memainkan peranan sebagai Yang Arif dan Polis yang sebenar. Institusi kehakiman telah digambarkan sebagai Institusi yang tiada kerja dan tidak berbuat apa-apa. Maka kejahatan berleluasa.

Hemat Pakteh berpendapat, hakim dan polis satu dunia ini pun tidak macam itu. Bebal sangat!. Peguam pun bebal. Bila lagi cerita ini nak habis. Sudah tidak sanggup lagi batin ini tersiksa.

4 comments:

Anonymous said...

selamat petang pakteh.

Pakteh said...

hai fysal,
nak email saya ke? ini... sabrikamy@yahoo.com

Anonymous said...

ok pas ni, masuk ke web msjbox melalui email pakteh..pakteh just setup mcm biasa, pas tu pakte just copy aje skrip dlm msjbox dan letakkan di dalam webblog pakteh..baru pas ni kita semua boleh guna..berbanggalah dgn produk buatan Malaysia

Pakteh said...

OK fysal... thanks